Pengenalan
Gurindam mempunyai banyak definisi iaitu mengikut pandangan
tokoh masing-masing. Misalnya, menurut Raja Ali Haji pula menerangkan
pembentukkan gurindam menjadi dua baris sajak. Setiap baris adalah kalimat dan
hubungan antara kalimat itu biasanya disebut sama ada anak kalimat atau induk
kalimat.Jumlah suku kata adalah berbeza. Namun dijelaskan ada gurindam yang
mempunyai lebih dari dua baris dan berlapis-lapis. Manakala,definisi mengikut
Ismail Hamid,istilah gurindam berasal daripada Bahasa Sanskrit. Walaupun
berasal daripada Bahasa asing. Tetapi dalam perkembangan puisi melayu, gurindam
yang berkembang dalam tradisi lisan melayu mempunyai bentuknya tersendiri dan
berlainan dengan gurindam dalam Bahasa Sanskrit.
GURINDAM TONGGAK DUA BELAS
(Mohd Sidek Mohd Dollah [Mas Adeki] [Penyelenggara])
(Mohd Sidek Mohd Dollah [Mas Adeki] [Penyelenggara])
1.Rangkap pertama.
•
Hendak pandai menghargai masa,
Jangan
dinanti esok lusa.
v
Maksud : Sikap
yang suka menghargai masa dan tidak suka bertangguh.
2.Rangkap kedua.
•
Ketekunan akan membawa kejayaan,
Kegigihan
bekerja dengan keupayaan.
v
Maksud : Sikap
yang tekun dalam diri pasti akan membawa kejayaan apabila melakukan
kerja dengan sedaya upaya.
3.Rangkap ketiga.
•
Wajah ceria keseronokan kejayaan,
Usah
berduka bermuram durja.
v
Maksud : Apabila
bekerja,kita mestilah sentiasa berseronok dan tidak muram apabila bekerja.
4.Rangkap keempat.
•
Hidup
dalam kemuliaan kesederhanaan,
Bertindak
dengan penuh kebijaksanaan.
v
Maksud : Hidup dalam keadaan
sederhana dan sentiasa berfikir sebelum melakukan sesuatu.
5.Rangkap kelima.
•
Ketinggian
peribadi jadi amalan,
Ketelusan
hati jadi bekalan.
v
Maksud :
Ketinggian peribadi serta keluhuran mesti diamalkan dalam bekerja.
6.Rangkap keenam.
•
Kekuatan
sifat baik hati,
Bertimbang
rasa dan bersimpati.
v
Maksud : Mesti
memiliki sifat baik hati,timbang rasa dan simpati semasa bekerja.
7.Rangkap ketujuh.
•
Pengaruh
kepimpinan melalui teladan,
Baik buruk
jadikan sempadan.
v
Maksud : Sebagai pemimpin,kita
hendaklah menunjukkan contoh yang baik kepada para
pekerja.
8.Rangkap kelapan.
•
Menjadi
kewajipan menjalan tugas,
Walaupun
sederhana tetapi tegas.
v
Maksud : Melaksanakan
tugas yang diberi walaupun tidak sempurna.
9.Rangkap kesembilan.
•
Kebijaksanan berhemat perlu diutamakan,
Tidak
membazir teliti saksama.
Maksud : Mesti
pandai mengurus kewangan dan elakkan pembaziran
10.Rangkap kesepuluh.
•
Keutamaan
kesabaran fizikal tenang,
Perkara
susah menjadi senang.
v
Maksud : Memikirkan sesuatu
masalah dalam keadaan yang tenang.
11.Rangkap kesebelas.
•
Peningkatan
bakat diberi sokongan,
Tunjukkan
kebolehan jadikan dorongan.
v
Maksud : Memberi sokongan dan
semangat kepada mereka yang berbakat.
12.Rangkap kedua belas.
•
Nikmat
mencipta budaya kreatif,
Kembangkan bakat semoga aktif.
v
Maksud : Kreatif dalam melakukan
sesuatu dan jika mempunyai bakat hendaklah
dikembangkan secara aktif.
TEMA
Gurindam ini menekankan penghayatan nilai-nilai murni yang
perlu ada dalam diri seseorang ialah kita hendaklah menghargai masa kerana masa
yang berlalu tidak akan kembali lagi. Oleh itu,gunakanlah masa dengan bijak
samada rasmi atau persendirian. Berlalu masa tanpa sebarang sumbangan berfaedah
bererti suatu kerugian. Selain itu,ketekunan membawa kejayaan iaitu bersemangat
dan tidak mudah mengalah dalam melaksanakan tugas walaupun banyak rintangan.
Nilai keseronokan bekerja juga,merupakan sumbangan kebajikan untuk masyarakat
dan Negara.Sekiranya kerja kita itu pengkhususan bidang kita maka dengan
sendirinya kita menjadi pakar yang diiktiraf. Oleh demikian, kemuliaan
kesederhanaan hendaklah merangkumi dari sudut percakapan, mengeluarkan arahan,
pergaulan, berpakaian dan kesederhanaan mewujudkan keadaan yang harmoni, tenang
dan selesa.Pembentukkan sifat peribadi seseorang itu akan dilihat sebagai
seorang yang berjiwa besar dan berakhlak tinggi.Kekuatan sifat baik hati
juga,boleh membuat kita merasa senang dan selesa dengan orang yang baik hati
dan kita tidak akan merasa takut dengannya. Akhir sekali,pengaruh teladan yang
positif boleh mendatangkan hasil dan keuntungan yang baik dan banyak. Seseorang
yang baik dapat mempengaruhi orang lain sama ada dari segi kepimpinan, tunjuk
ajar,akhlak,tuturkata dan tingkahlaku yang mendatangkan kebaikkan.
PERSOALAN
1. Persoalan
kepentingan menghargai masa.
•
Masa
sangat berharga dalam kehidupan dan masa tidak menunggu sesiapa.
2. Persoalan
tekun berusaha akan membawa kejayaan.
•
Kejayaan
akan dapat dikecapi jika berusaha dengan tekun dan gigih.
3. Persoalan
kepimpinan melalui teladan.
•
Pemimpin
yang baik akan dijadikan ikutan dan sebaliknya pemimpin yang tidak baik akan
dipinggirkan.
4. Persoalan
ketenangan ketika membuat keputusan.
•
Sesuatu
pekerjaan akan menjadi lebih mudah jika membuat keputusan dengan tenang.
5.P ersoalan
kepentingan berfikiran kreatif dan inovatif.
•
Pemikiran
yang kreatif dan inovatif mampu menghasilkan ciptaan yang berkualiti tinggi.
BENTUK
1. Mempunyai 12
rangkap.
2. Setiap
rangkap mengandungi 2 baris.
(Contohnya : Hendak
pandai menghargai masa.)
[ Jangan dinanti esok lusa ]
3. Mengandungi
empat patah perkataan dalam satu baris.
(Contohnya : Nikmat
mencipta budaya kreatif.)
4. Suku kata
antara Sembilan hingga 14 suku kata.
(Contohnya : Ja/ngan
di/nan/ti e/sok lu/sa – Sembilan suku kata baris.)
5. Rima akhir
aa.
(Contohnya : Nikmat
mencipta budaya kreatif.
[ Kembangkan bakat
semoga aktif ]
GAYA BAHASA
1. Simpulan
Bahasa – baik hati (rangkap enam baris satu)
2. Unsur bunyi.
a)Asonansi :
pengulangan vokal a.
b)Kekuatan sifat
baik hati (rangkap enam baris satu)
c)Nikmat mencipta
budaya kreatif (rangkap 12 baris satu)
3. Aliterasi –
pengulangan bunyi konsonan n.
Bertindak
dengan penuh kebijaksaan (rangkap empat baris dua)
NILAI
1. Nilai
kegigihan.
ü
Contohnya,kegigihan apabila bekerja.
2. Nilai
kebijaksana.
ü
Contohnya,kebijaksanaan
dalam melaksanakan tanggungjawab.
3. Nilai
kesederhanaan.
ü
Contohnya,kesederhanaan dalam kehidupan.
4. Nilai
kesabaran.
Contohnya,kesabaran
menghadapi cabaran
PENGAJARAN
1. Kita
hendaklah bertindak secara bijaksana.
2. Kita
hendaklah menghargai masa.
3. Kita
haruslah menunjukkan teladan yang baik.
4. Kita
janganlah menunjukkan teladan yang baik.
5. Kita
hendaklah tekun berusaha untuk mencapai kejayaan.
No comments:
Post a Comment